Kecoh! Betul-betul kecoh tenguk akhir-akhir ni pasal pengawal keselamatan. Ade yg ok (Halal) dan ade yang KO (Haram). Hari-hari keluar TV, suratkhabar dan macam-macam isu kat internet. Macam-macam ulasan diberi. Kalau dikaji dan selidiki sepatutnya KDN dan Kerajaan Malaysia dah lame bertindak. PM, Menteri KDN dah bertukar dari zaman Dr Mahathir ke zaman Datuk Seri Najib. Dari menteri dulu, ke Datuk Hishamuddin dan tukar pulak ke Datuk Seri Zahid Hamidi Menteri sekarang. Masih tak berubah. Salah Siapa?
Maaf jika disini nak komen sikit tapi fikirkan le sendiri - betul tak komen ni!
1. Kenapa KDN senang-senang luluskan sampai 701 syarikat kawalan keselamatan? Untuk ape gitu banyak? Kalau banyak KDN boleh kontrol tak ape. Ni dah tak terbuat ape-ape. PM Datuk Seri Najib kene le arahkan SPRM buka kertas siasatan. Dengar cerita dulu-dulu (tak tau zaman siapa) ada tangan ghaib yang senang sah dan luluskan permit/lesen. SPRM kene telus dan jangan takut! Tak kira le tangan gaib tu title menteri ke, setiausaha kementerian ke, orang kanan atau orang kuat KDN ke yang penting kene siasat dan heret. Bersihkan nama PM, Menteri yg jujur dan pegawai kerajaan yang keje kat KDN yang tak bersalah. Baru rakyat tabik dan hormat serta percayakan kepempinan PM dan Kerajaan Malaysia. Kami rakyat Malaysia yang lain menyokong penuh kepimpinan PM - hapuskan Rasuah - Bersihkan KDN. Kalau boleh dari 701 lesen/permit disatukan jadi 50 saja. Biar Mantap dan Terurus. Yang syarikat pak pacak, banyak masalah, lesen dialibabakan, tiada pengurusan yang baik - tarik balik je lesen mereka. Syarikat kawalan yang betul-betul ikut peraturan je lesen mereka diperbaharui.
2. Dah banyak kejadian yang dilakukan pengawal keselamatan dan syarikat kawalan. Tapi apa tindakan KDN? Berapa banyak syarikat yang dibatalkan lesen? Dan kalau batal pon ada juga yang mohon semula guna nama syarikat baru - tapi pengarah dan lain-lain tetap sama.
3. KDN dibawah kepimpinan baru Datuk Seri Zahid arahkan satu SOP - Prosedur Keselamatan yang standard untuk semua syarikat kawalan. Tak ikut - batalkan je lesen mereka.
Syarat Pengawal Keselamatan
Syarat Syarikat Keselamatan
Maaf jika disini nak komen sikit tapi fikirkan le sendiri - betul tak komen ni!
1. Kenapa KDN senang-senang luluskan sampai 701 syarikat kawalan keselamatan? Untuk ape gitu banyak? Kalau banyak KDN boleh kontrol tak ape. Ni dah tak terbuat ape-ape. PM Datuk Seri Najib kene le arahkan SPRM buka kertas siasatan. Dengar cerita dulu-dulu (tak tau zaman siapa) ada tangan ghaib yang senang sah dan luluskan permit/lesen. SPRM kene telus dan jangan takut! Tak kira le tangan gaib tu title menteri ke, setiausaha kementerian ke, orang kanan atau orang kuat KDN ke yang penting kene siasat dan heret. Bersihkan nama PM, Menteri yg jujur dan pegawai kerajaan yang keje kat KDN yang tak bersalah. Baru rakyat tabik dan hormat serta percayakan kepempinan PM dan Kerajaan Malaysia. Kami rakyat Malaysia yang lain menyokong penuh kepimpinan PM - hapuskan Rasuah - Bersihkan KDN. Kalau boleh dari 701 lesen/permit disatukan jadi 50 saja. Biar Mantap dan Terurus. Yang syarikat pak pacak, banyak masalah, lesen dialibabakan, tiada pengurusan yang baik - tarik balik je lesen mereka. Syarikat kawalan yang betul-betul ikut peraturan je lesen mereka diperbaharui.
2. Dah banyak kejadian yang dilakukan pengawal keselamatan dan syarikat kawalan. Tapi apa tindakan KDN? Berapa banyak syarikat yang dibatalkan lesen? Dan kalau batal pon ada juga yang mohon semula guna nama syarikat baru - tapi pengarah dan lain-lain tetap sama.
- Kes di Gelang Patah masih ingat tak lagi kita tentang seorang budak perempuan yang dirogol dengan kejam oleh pengawal bertugas dan apa jadi kesudahannya?
- Kes pengawal CIT yang guna IC palsu dan melarikan duit yang dibawa - bukan satu kes - cuba KDN rujuk PDRM - kenapa KDN tak ketatkan SOP dan syarat lesen? Nak tunggu bila lagi? Kenapa tak reti-reti nak belajar dari kesilapan lampau?
- Kes pengawal asing (Nepal) yang dibenarkan hanya pengawal Gurkha yang bekas tentera British (Gurkha British) - tapi ada juga yang Nepal (bukan Gurkha) tapi Nepal bekas askar India/Polis India atau Nepal bekas askar Nepal/polis Nepal. Paling malang KDN dan juga Immigresen lulus dan bagi permit kerja Nepal yang bukan bekas askar atau polis dan buta kayu tulis pon tak boleh-cakap Melayu atau English pon hancur. Terpaksa le pegawai keselamatan kita kena ajar mereka cakap Melayu atau English broken kalau tak macam ayam dan itik bercakap. Nak komen kenapa Immigresen bagi permit kerja? Bukan ke Immigresen bawah KDN jugak?
- Kes pengawal asing bangsa lain ni lagi berlambak kat market - kita bole jumpa Bangla / Indon /Pakistan/India jadi pengawal kat hotel, shopping komplek, hospital, kilang, gudang, tempat binaan, kondo, perumahan. Cuma kite lum jumpe lagi Negro atau Cina Man atau Pak Arab jadi jaga. Apa nak jadi? Takkan beribu punya Polis, Rela, KDN, Immigresen tak perasan atau tak nampak? Mustahil bukan? Jujur dan Amanah le! Jangan gadaikan Negara Malaysia. Ini le satu satu Bumi yang ALLAH beri kat kite untuk duduk dan cari rezeki. Apa akan jadi pada nasib anak cucu cicit kite pada masa hadapan- RENUNGkan le!
- Satu lagi hal sekarang ni agak susah nak dapatkan tapisan PDRM. Kalau dulu buat je surat rasmi hantar je kat balai terdekat dalam masa 1-2 bulan dah dapat balas dari PDRM tentang tapisan anggota pengawal yang kite nak ambil keje. Tapi sekarang ni bagi kat Balai kat kawasan rumah - tolak suruh kite hantar kat Balai Besar - tolak susuh hantar kat IPD. Senyap sampai 3 bulan tak ada balasan apa pon. Bila tanya IPD kata PDRM tak leh lagi buat tapisan takut nanti kena saman sebab kalau pengawal tu ada rekod jenayah company buang atau taknak ambil bekerja. IPD suruh pulak hantar tapisan kat KDN. Kenapa kena susah SOP untuk tapisan? Yang ni Menteri KDN yang baru kena le buat sesuatu?
- Nak tanya KDN lesen syarikat kawalan ni bole diniagakan ke? atau ada sistem fraincise? Kat KL syarikat A seperti dalam lesen - kat utara dan selatan bole pulak syarikat A pajak/sewa/francise kat syarikat lain dengan harga sekian. Dah banyak syarikat amalkan cara ni! Takkan KDN tak perasan kot? Kalau banyak keje atau tak cukup kakitangan perkara besar cam ni tak perasan ke atau tak tau? Minta jasa baik Menteri KDN yang baru Datuk Sri buat le pemutihan dalam kementerian dan jabatan.
- Satu bab lagi mintak le sangat kat Datuk Seri Zahid Hamidi dan Kabinet Kerajaan Malaysia - jaga le kebajikan pengawal keselamatan yang tertindas yang rata-rata adalah bangsa MELAYU dan ISLAM tapi ditindas sendiri oleh bangsa Melayu yang beragama Islam. Gaji dah le sikit. Elaun je lebih. OT macam nak mati kadang-kadang sampai tak balik rumah. Pejabat 'BURUH' tak perasan ke? Bole ke pengawal kite keje siang malam sampai 24 jam ke 48 jam tanpa cuti atau off/rest day? Sebulan keje 30/31 hari setahun 365 hari? Dah le tu bila pergi keje atau balik keje atau masa keje kemalangan - majikan tak hirau. Cume bayar bil hospital atau klinik (itu pun kalau nak dibayarkan). Mane gi socso atau insuran? Lepas tu duduk rumah tak ada gaji. Dah baik baru le kerje semula dan baru ada gaji. Sedih bukan? Belum lagi kes potong duit gaji untuk caruman KWSP tapi bayar kat KWSP pon tak! Lebih hampe bila OT macam nak gile kat 100 - 250 jam tapi dibayar cume 50 - 200 jam je? Tak tau le pegawai yang membelit atau syarikat yang belit. Lagiiii teruk kalau anggota pengawal yang nak ganti keje tak datang - kene le sambung keje sampai 24 ke 48 jam - pegawai operasi/ronda haram tak jenguk atau hantar makan - kebulur le member ni. Dan paling MALANG ada syarikat keselamatan yang berhutang / gaji pengawal tertunggak 1 - 2 bulan - kesian dan malang pengawal yang bernama MELAYU bin ISLAM - teraniaya.
- Mintak Datuk Seri Zahid Hamidi turun padang dan dengar le keluhan pekerja yang bernama pengawal keselamatan Malaysia. Itu le gara-gara terlalu banyak syarikat kawalan keselamatan.
- Minta le PM sebagai pelindung rakyat beri le perhatian dan bawa le perubahan supaya rakyat tetap berdiri teguh dan menyokong kepimpinan PM.
3. KDN dibawah kepimpinan baru Datuk Seri Zahid arahkan satu SOP - Prosedur Keselamatan yang standard untuk semua syarikat kawalan. Tak ikut - batalkan je lesen mereka.
Syarat Pengawal Keselamatan
- Warganegara Malaysia Sahaja.
- Umur 20 tahun - 55 tahun saja dengan syarat sihat tubuh badan, tak cacat dan berkelakuan baik
- Tiada rekod jenayah
- Wajibkan ujian air kencing dan alkohol - kaki dadah/arak - tak layak
- Adakan tapisan jenayah - keutamaan dan kerjasama dari PDRM proses 2 minggu aje. Cap jari diambil 10 jari. Gambar 10 jenis - Muka penuh, separuh badan, penuh badan, depan, kiri/kanan, belakang. IC - JPN sahkan tulen. Dah sah dari PDRM/KDN baru syarikat kawalan dibenar ambil bekerja.
- Lulus je tapisan PDRM/KDN kursus wajib - 5 hari - 3 hari - undang2, SOP, tatakerja, kawad ringkas, walkie talkie, rondaan, penulisan report, lapuran kejadian, dsbnya. Lagi 2 hari - ERT - latihan kawad ringkas memadam api, pertolongan cemas ringkas.
- Tamat je latihan baru diberi kad KDN dan baru boleh bertugas.
- Bagi yang bertugas lebih 6 bulan adakan kursus lanjutan satu minggu - cara tangkapan, penyiasatan dalaman, kawad, tindakan masa kecemasan - kebakaran, rompakan, serangan penjenayah, TTS/Cara taktikal cotar T dll.
- Pengawal Bersenjata - latihan khusus selama 2 minggu sebelum dibenarkan bertugas.
Syarat Syarikat Keselamatan
- Mempunyai modal berbayar RM 500,000
- Modal pusingan RM 300,000
- Wang Cagaran (hilang jika gagal atau melanggar syarat KDN)
- Mempunyai/melantik seorang penasihat/audit dari bekas pegawai keselamatan - bekas Polis / Tentera / Penjara / Bomba / APPM
- Mempunyai sistem pengurusan yang baik, pendaftaran dan rekod pegawai/anggota keselamatan, rekod pengurusan senjata yang baik/telus, rekod pembayaran gaji/kwsp/socso anggota yang teratur/telus
- Membayar gaji pekerja dengan betul termasuk OT/elaun
- Wajib membuat potongan KWSP/Socso/Kesihatan (klinik/perubatan)/Insuran pekerja
- Tidak membenarkan pengawal bertugas melebihi 12 jam atau jika kecemasan 16 jam
- Menyediakan pakaian seragam/walkie talkie/cotar T/kasut safety dan lain-lain PPE secara percuma kepada pekerja
- Mesti ada sekurangnya 5 pengawal simpanan untuk gantian pekerja cuti/kecemasan
- Caj yang standart bagi harga untuk pengawal biasa/pengawal bersenjata supaya tiada syarikat keselamatan yang cuba melobi harga rendah dan ini punca perkhidmatan yang tidak mengikut piawaian
- Caj pengawal keselamatan biasa - RM 25.00 sejam / pengawal bersenjata RM 80.00 sejam / pengawal van bersenjata (CIT) - ikut ketetapan KDN.
- Menubuhkan talian aduan hotline/web/email untuk orang awam, pekerja (pengawal keselamatan) membuat aduan jika ada syarikat keselamatan yang tak ikut SOP KDN, pekerja (pengawal) ditipu - tak dibayar gaji, KWSP tiada caruman/ada potongan gaji tapi tidak dicarum dan sebagainya
- Menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat dan mendakwa syarikat keselamatan yang sengaja melanggar SOP KDN dan batalkan lesen syarikat